![]() |
ORANG BERIMAN
TAHU NILAIAN DUNIA…
Mujahid Fathi Yakan dalam kitabnya,
Ma Za Ya’ ni Intimai Li al-Islam, menyatakan didunia ini terdapat tiga kategori
manusia :
Ø Kategori
pertama
Golongan yang hidupnya hanya untuk dunia
semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dhariyun. Sikap mereka
jelas seperti dinyatakan dalam al-Quran:
“ Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) : ‘hidup hanyalah kehidupan
kita didunia sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.” (Al-An’am:29)
Ø Kategori
kedua
Golongan yang hilang pedoman,
terumbang-ambing, akidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan
menyimpang dari jalan Allah s.w.t
dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka berbuat kebaikan.
Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah s.w.t dan hari kiamat tetapi
akidah mereka hanyalah gambaran luar semata-mata yang terputus hubungan dengan
aktiviti atau amalan hidup mereka.
Ø Kategori
ketiga
Golongan yang menganggap bahawa
dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapatkan hasilnya di akhirat kelak.
Golongan ini benar-benar beriman dengan Alah s.w.t. mereka mengetahui hakikat
hidup serta nilai dunia berbanding dengan akhirat. Allah s.w.t membandingkan
mereka ini seperti dalam firman-Nya yang bermaksud :
“ Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada main-main dan
senda gurau belaka.dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang yang
bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”(Al-An’am:32)
Mereka yang benar-benar beriman
menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah s.w.t dan
mencari keredhoan-Nya. Seluruh bidang hidupnya ( ilmu, perniagaan, kekayaan,
rumah, masa dan pikiran) diarahkan kepada jalan Allah s.w.t. marilah kita
sama-sama renungkannya…INSYA-ALLAH…
![]() |
luv Allah Ta'ala |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan