Rabu, 21 Disember 2011


ANTARA SEBAB HATI TIDAK TENTERAM

        Hati yang tidak tenteram berpunca daripada sifat-sifat mazmumah. Antara sifat-sifat mazmumah yg boleh menghilangkan ketenangan hati ialah :
            Terbahagi kepada 9 sifat. Antaranya ,,,
*      Cinta dunia…
Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan ‘neraka’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi(akhirat) itu sebagai pegangan kita selama-lamanya,dan hal-hal duniawi itu sebagai pentas sementara.
*      Tamak …
Biarlah rezeki itu seikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yg tdk pernah puas dengan yg sedikit nescaya tdak akan puas dengan yg banyak. Orang yg tamak selalu rugi.
*      Kedekut…
Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak daripada menderma dan berdalih dgn mengatakan ia tiada duit. Allah lebih saying org yg fasik tetapi pemurah dan Allah benci kepada org yg abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasik,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada org lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
*      Riak…
Allah tdk menyukai akan sifat riak,takabbur dengan apa yg kita ada. Mereka tercari-cari peluang utk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon didepan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika ia dikeji,ia akan mengurangkan kerjanya.
*      Pemarah…
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati sentiasa tdk tenang.
*      Ego…
Sentiasa merasakan dirinya betul. Orang yg memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir ataupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka sentiasa akan berada dlm keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya.


*      Pendendam…
Perasan yg membuku dan menggelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk meletuskan laharnya yakni membalas dendam kepada orang yg didendaminya itu. Sebab itu org pendendam mudah kena sakit jantung.

*      Hasad dengki…
Mereka senantiasa iri hati dan berhasad dengki kerana tdk mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan org lain.

*      Tidak sabar…
Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan org lain. Selalu tergesa-gesa dlm membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan org lain.

Pengajaran di sini bermujahadalah atau biarkan sahaja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. Wallahualam bissawab…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan