Ahad, 1 April 2012


{PEDOMAN UNTUK BAKAL ISTERI DAN YANG SUDAH pun MENJADI ISTERI…} (^_^)

Nur, abang minta izin untuk nikah seorang lagi… Nur yang sedang melipat kain terdiam seketika. Mungkin terkedu dengan permintaan suaminya. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya kian berganjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam tv, semetelah tv juga dipasang. Tapi,,, ah bukanlah. Tv sedang menayangkan iklan sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan sunsilk??? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Muzakkir, kemudian tersenyum.  Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia kebilik Balqis, Sumayyah, dan Fatimah. Itulah rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anaknya kian berganjak remaja. Kemudian dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Penghabisannya dia kembali kepada suaminya. Muzakkir hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Nur adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir membuatkan dia lemah. “ kau mampu Muzakkir, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan dua keluarga,” sokong Luqman, teman sepejabatnya menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Nur. “Abang Muzakkir, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlu seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anaknya. Aduhai penangan Qistina gadis kelahiran bumi Kelantan benar-benar menjerat hatinya. “Abang, Nur  setuju dengan permintaan abang. Tapi, Nur nak berjmpa dengan wanita itu,” lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Nur bukan seorang yang panas baran. Nur  terlalu sempurna, baik tetapi ahh…hatinya kni sedang  menggilai seorang wanita yang jauh lebih muda. “Bawa dia kesini tinggalkan dia bersama Nur  selama satu hari saja, boleh???” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?? Namun, tanpa sedar dia mengangguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur, kalaulah isteri itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehh,,, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakn keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Nur. “Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang bewarna hijau. “Kak Nur  yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. “Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis??” takutlah Qis, silap hari bulan dia bunuh Qis!!!” terkejut Muzakkr. “Percayalah Qis, Nur bukan macam tu orangna. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh!!! Ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui kemana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Nur. Sedangkan dia diminta oleh Nur pergi bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian  lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Nur  serta anak-anaknya, berjemaah dengan qariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca al-Quran secara bertarannum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaiannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan tarannumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Muzakkir  yang dulu. Muzakkir  anak Imam Kmpung Seputih. Muzakkir yang asyik dengan berzanji, menoitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Nur menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Nur terhadap suaminya. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Nur. Tiba-tiba… tit tit…. Sms menjengah masuk ke kantung inbox hendsetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Nur. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang.” Dibawahnya hendsetnya terdapat sekeping sampul besar…

************ ********* ********* *********

****************** ********* **

Kepada :

Mohammad Muzakkir ,

Suami tersayang…


Muzakkir  diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, semoga redho-Nya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi…

Genap seminggu sesi temuduga yang Nur jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang bawakan Nur seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Nur kemukakan penilaian Nur…

1.  Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Nur yang sudah tidak Nampak bentu badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Nur tak sanggup lihat abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa orang lain. Nur sayangkan abang…

2.  Nur ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia memasak, apatah lagi western food. Tapi,, Nur sayangkan abang. Nur tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampong. Tapi tak tahulah pula Nur kalau-kalau selera Abang dah berubah. Tapi,, Nur masih ingat,, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu,, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian mereka nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Nur sayangkan abang…

3.  Nur ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Nur minta dia jadi imam. Yelah,, nanti dia akan jadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Nur harapkan dia mampu untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi,, kalu dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Nur sayangkan abang…



Abang yang disayangi,,,

Cukuplah rasanya penilaian Nur. Kalau diungkap satu persatu, Nur tidak berdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama satu hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Nur..



Abang yang disayangi…

Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Nur tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke  Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini,,, ambillah boring ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,, lupa nak cakap,, Qistina telah berada di Sarawak. Menunggu abang…Nur  sayangkan abang… tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang,,, pergilah cari wanita yang setanding Nur… Nur sayangkan abang…



Jika abang merasakan Nur  adalah isteri yang hebat untuk abang… tolonglah bukakan pintu bilik ini. Nur bawakan sarapan kegemaran abang,,, mee goreng… air tangan Nur…



Salam sayang,,,

Nur Farhana binti Ismail,,,



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Nur bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum !!!!

 Benar ,,, tiada isteri sehebat Nur… isterinya!!!




KELUARGA BAHAGIA IDAMAN SEMUA PASANGAN SUAMI ISTERI…

KEPADA SEMUA ISTERI, FIKIRLAH YANG TERBAIK SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN…