{PEDOMAN
UNTUK BAKAL ISTERI DAN YANG SUDAH pun MENJADI ISTERI…} (^_^)
Nur, abang minta izin untuk nikah seorang lagi… Nur yang sedang
melipat kain terdiam seketika. Mungkin terkedu dengan permintaan suaminya.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya kian berganjak. Adakah dialog
tadi hanya dilafazkan di dalam tv, semetelah tv juga dipasang. Tapi,,, ah
bukanlah. Tv sedang menayangkan iklan sunsilk, mustahil sudah ada siri baru
iklan sunsilk??? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah
Muzakkir, kemudian tersenyum. Meletakkan
kain yang telah siap dilipat di tepi,, bangun lantas menuju ke dapur.
Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia
kebilik Balqis, Sumayyah, dan Fatimah. Itulah rutin hariannya, mencium
puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi,
rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anaknya kian berganjak remaja.
Kemudian dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin
dan Farihin. Penghabisannya dia kembali kepada suaminya. Muzakkir hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir
16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Nur adalah
ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat
jawatan pembantu tadbir membuatkan dia lemah. “ kau mampu Muzakkir, dengan gaji
kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan dua keluarga,” sokong Luqman, teman
sepejabatnya menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Nur. “Abang
Muzakkir, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis perlu seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih
terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia
di rumah. Pagi-pagi selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke
pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri
dan anak-anaknya. Aduhai penangan Qistina gadis kelahiran bumi Kelantan
benar-benar menjerat hatinya. “Abang, Nur setuju dengan permintaan abang. Tapi, Nur nak
berjmpa dengan wanita itu,” lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu,
Nur bukan seorang yang panas baran. Nur terlalu sempurna, baik tetapi ahh…hatinya kni
sedang menggilai seorang wanita yang
jauh lebih muda. “Bawa dia kesini tinggalkan dia bersama Nur selama satu hari saja, boleh???” pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?? Namun, tanpa sedar dia
mengangguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur, kalaulah isteri itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah
jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehh,,, itu zaman dulu-dulu. Zaman
sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakn keinginan untuk menambah cawangan
lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan
yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Nur.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang
bewarna hijau. “Kak Nur yang minta,”
masih lembut dia memujuk Qis. “Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis??”
takutlah Qis, silap hari bulan dia bunuh Qis!!!” terkejut Muzakkr. “Percayalah
Qis, Nur bukan macam tu orangna. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh!!! Ini Qistina lah.
Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap
seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba
untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui kemana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa
dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Nur. Sedangkan dia diminta oleh
Nur pergi bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar
terusik. Sekian lamanya dia tidak
menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum
dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Nur serta anak-anaknya, berjemaah dengan qariah
masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca al-Quran secara
bertarannum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaiannya.
Haruman Qistina memudarkan bacaan tarannumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Muzakkir yang dulu.
Muzakkir anak Imam Kmpung Seputih.
Muzakkir yang asyik dengan berzanji, menoitis air matanya. Hatinya masih
tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Nur menunaikan
tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Nur terhadap suaminya.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Nur. Tiba-tiba… tit
tit…. Sms menjengah masuk ke kantung inbox hendsetnya. “Qis minta maaf. Qis
bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Nur.
Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang.” Dibawahnya
hendsetnya terdapat sekeping sampul besar…
************
********* ********* *********
******************
********* **
Kepada
:
Mohammad
Muzakkir ,
Suami
tersayang…
Muzakkir diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Muzakkir diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Salam
sejahtera buat suami yang tercinta, semoga redho-Nya sentiasa mengiringi jejak
langkahmu.
Abang
yang dikasihi…
Genap
seminggu sesi temuduga yang Nur jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana
abang bawakan Nur seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Nur kemukakan
penilaian Nur…
1. Dengan
ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Nur yang sudah tidak Nampak
bentu badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Nur tak sanggup
lihat abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang
sendiri pun masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi
abang nak menggalas dosa orang lain. Nur sayangkan abang…
2. Nur
ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia memasak, apatah lagi western food.
Tapi,, Nur sayangkan abang. Nur tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampong.
Tapi tak tahulah pula Nur kalau-kalau selera Abang dah berubah. Tapi,, Nur
masih ingat,, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food,
abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu,, anak-anak kita
semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian mereka nanti, tak makan la pula
anak-anak kita. Nur sayangkan abang…
3. Nur
ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Nur minta dia jadi
imam. Yelah,, nanti dia akan jadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Nur
harapkan dia mampu untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi,, kalu dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Nur sayangkan abang…
Abang yang disayangi,,,
Cukuplah rasanya penilaian Nur. Kalau diungkap
satu persatu, Nur tidak berdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama
satu hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan abang mengenalinya lebih dari Nur..
Abang yang disayangi…
Di dalam sampul ini ada boring keizinan
berpoligami. Telah siap Nur tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS
ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid
Putra mengiayakan tindakan abang ini,,, ambillah boring ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya,, lupa nak cakap,, Qistina telah berada di Sarawak.
Menunggu abang…Nur sayangkan abang…
tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri abang,,, pergilah cari wanita yang setanding Nur… Nur sayangkan abang…
Jika abang merasakan Nur adalah isteri yang hebat untuk abang…
tolonglah bukakan pintu bilik ini. Nur bawakan sarapan kegemaran abang,,, mee
goreng… air tangan Nur…
Salam sayang,,,
Nur Farhana binti Ismail,,,
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Nur bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum !!!!
Benar ,,,
tiada isteri sehebat Nur… isterinya!!!
KELUARGA
BAHAGIA IDAMAN SEMUA PASANGAN SUAMI ISTERI…
KEPADA
SEMUA ISTERI, FIKIRLAH YANG TERBAIK SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN…


Tiada ulasan:
Catat Ulasan