KEPADA
SAHABAT YANG ANA KASIHI DAN SAYANGI…
(DUA
SAHABAT YANG SALING MENCINTAI MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH S.A.W)
Zaid ibnu Ali meriwayatkan daripada ayahnya, Ali ibnu
Abi Talib berkata bahawasa Rasulullah s.a.w bersabda:
انا شفيع لكل رجلين
تحابا فى الله من مبعثي الى يوم القيامة...
Maksudnya: aku adalah pemberi syafaat (pertolongan)
bagi dua sahabta yanag saling mencintai semata-mata kerana Allah, sejak aku
diutus menjadi Nabi hingga hari kiamat.
Berusahalah bagi
meraih kasih pertolongan Rasulullah s.a.w. Banyak cara yang dapat dilakukan
bagi melayakkan diri mendapat syafaat daripada Baginda. Salah satu caranya
adalah dengan mentuluskan persahabatan dengan kawan-kawan. Bersahabatlah kerana
Allah s.w.t. Ini kerana, andai itu yang menjadi amalan kita, maka janji
Rasulullah untuk memberi syafaat kepada kita pasti ditepati kelak.
Demikian betapa
besarnya ganjaran yang diperoleh bagi mereka yang berniat ikhlas dalam
menjalinkan persahabatan. Persahabatn yang terjalin atas landasan kerana Allah
menjanjikan sesuatu yang amat bermakna sebagaimana perbuatan dan ibadah lain
juga. Apabila segalanya berlandaskan perbuatan Allah, maka tunggulah
ganjarannya kelak. Andai bukan di dunia, pasti di akhirat kelak ganjaran itu
akan menyusul
Justeru, jangan
sesekali kita kotori persahabatan dengan matlamat kepentingan dunia. Ini
kerana, perbuatan yang demikian itu membuatkan diri kita jauh daripada syafaat
Rasulullah. Kelak pada hari akhirat iaitu saat roh meninggalkan jasad mahupun
saat kehidupan di negeri akhirat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan