Ahad, 17 Jun 2012


BERCINTA KERANA ALLAH S.W.T…
بسم الله الرحمن الرحيم...
Assalamualaikum sahabat yang ana kasihi sekalian…
Apa khabar semua,,harap2 semua sihat dibawah penjagaan dan kasih sayang Allah s.w.t…
Disini ana ingin kongsi sedikit artikel mengenai  tajuk yang berikut,,,marilah sama2 kita membaca…

SIAPAKAH ORANG YANG PALING DICINTAI ALLAH???

Mari sama2 kita hayati sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah:
Qatadah meriwayatkan,bahawa Hasan ibnu Ali berkata,,,

قال موسى عليه السلام  يارب اي عبادك احب اليك, قال الذين يتحابون في ويغضبون لمحارمي كما يغضب النمر اذا حرن...

Yang bermaksud: adalah Musa a.s berkata, Wahai Rabb, siapakah sesungguhnya antara para hamba-Mu yang paling Engkau cintai??? Rabb berfirman : Ialah mereka yang saling mencintai kerana-Ku. Mereka yang marah kerana larangan-larangan-Ku dilanggar, seperti kemarahan harimau lapar yang sedang murka.

Dalam riwayat lain pula seperti berikut :
Ibnu Barra’ al Abadi dalam kitab ar Raudhah berkata riwayat dari ibnu Darda’, dia berkata :

ما من رجلين تحابا في بظهر الغيب الا كان احبهما الى الله اشدهما حبا لصاحبه...

Yang bermaksud: Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, meski terpisah jarak dan waktu, nescaya Allah akan mencintai keduanya. Dan orang lebih banyak(utuh) cintanya kepada Allah, dialah yang lebih banak (utuh) cintanya kepada kawannya.

Bagi setiap muslim, pasti mendambakan dirinya menjadi hamba Allah yang dikasihi-Nya. Pasti setiap daripada kita tidak mahu menjadi mereka yang dibenci oleh Allah,,,ana sendiri pun tak nak…nau’zubillah.. Ini kerana, apabila kita menjadi hamba yang dikasihi Allah, pasti banyak kelebihan yang akan diperoleh sama ada semasa di dunia mahu pun di akhirat kelak,, insya-Allah. Sebaliknya, jika diri kita tergolong sebagai hamba yang dimurkai Allah, ia adalah petaka paling besar dan buruk buat kita.
Dan cara utk menggapai kasih Allah sebenarnya tidaklah sukar. Ia boleh digapai dengan cara yang mudah iaitu dengan tulus mencintai sesama manusia, serta tegas menghadapi segala kemungkaran. Dalam masa yang sama ia juga harus diiringi dengan sikap istiqamah menerapkan syariat llah s.w.t dalam kehidupan seharian kita semua.
Justeru, kita sama sekali tidak boleh berkromponi dalam mempertahankan kebenaran dan menentang kemungkaran.walaupun kemungkinan itu dilakukan oleh mereka yang memegang tampuk kekuasaan di kalangan manusia, kita tidak boleh sama sekali bersengkongkol dengannya. Apabila segala larangan Allah s.w.t dilanggar, kita hendaklah menentangnya dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang bersetuju dengannya.
Pada masa yang sama kita juga hendaklah teguh menerapkan kebenaran dalam setiap aktiviti kehidupan. Biar pun ia mungkin tidak disukai oleh sesetengah pihak, kita tidak perlu takut utk menegakkan kebenaran itu. Ini kerana, tanggungjawab menegakkan kebenaran itu adalah wajib dan Allah pasti akan bersama dengan mereka yang teguh dalam menjalankan atau memperjuangkan kebenaran. Sesungguhnya redho Allah itu adalah lebih enting berbanding sokongan manusia.
Disamping itu, setiap mukmin tentu berharap dicintai sesama muslim, lebih2 dicintai oleh Allah s.w.t, bagi merealisasikan niat mulia tersebut, cara paling bijak adalah dengan mengutuhkan cinta kasih kepada sesama muslim,, baik saat berkumpul mahu pun berpisah, baik saat berdekatan mahu pun jauh. Justeru, pastikan bertemu dan berpisah yang terjadi dalam kehidupan seharian kita adalah kerana Allah s.w.t semata-mata.
Andai semua ini dapat kita realisasikan dalam kehidupan didunia ini, maka kita akan menjadi antara mereka yang dicintai oleh Allah. Rahmat dan Kasih sayang Allah pasti akan sentiasa menaungi perjalanan hidup kita semasa hayat di dunia. Malah di akhirat kelak, ganjaran Allah pasti lebih manis lagi… Subhanallah,, Masya-Allah,,
Itulah yang diharapkan oleh semua muslim atau mukmin …
Marilah sama2 kita renug-renugkan dan menambahkan lagi iman kita…
Berkasih sayanglah kerana Allah s.w.t semata-mata…dan bukan kerana nafsu…
Renugan buat sahabat semua dan buat diri ana sendiri juga…
Sekian saja dari ana,,,hamba yang banyak kekurangannya…
Yang baik datangnya dari Allah..dan yang buruk datangnya dari diri ana sendiri..
Segala salah silap atau terkasar bahasa harap dimaafkan…
Semoga bertemu lagi dilain hari…insya-Allah,,biiznillah..
Luv all because Allah…
 … (^_^) … (^_^) …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan