Ahad, 22 Julai 2012



KEPADA SAHABAT YANG ANA KASIHI DAN SAYANGI…
(DUA SAHABAT YANG SALING MENCINTAI MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH S.A.W)
Zaid ibnu Ali meriwayatkan daripada ayahnya, Ali ibnu Abi Talib berkata bahawasa Rasulullah s.a.w bersabda:
انا شفيع لكل رجلين تحابا فى الله من مبعثي الى يوم القيامة...

Maksudnya: aku adalah pemberi syafaat (pertolongan) bagi dua sahabta yanag saling mencintai semata-mata kerana Allah, sejak aku diutus menjadi Nabi hingga hari kiamat.
            Berusahalah bagi meraih kasih pertolongan Rasulullah s.a.w. Banyak cara yang dapat dilakukan bagi melayakkan diri mendapat syafaat daripada Baginda. Salah satu caranya adalah dengan mentuluskan persahabatan dengan kawan-kawan. Bersahabatlah kerana Allah s.w.t. Ini kerana, andai itu yang menjadi amalan kita, maka janji Rasulullah untuk memberi syafaat kepada kita pasti ditepati kelak.
            Demikian betapa besarnya ganjaran yang diperoleh bagi mereka yang berniat ikhlas dalam menjalinkan persahabatan. Persahabatn yang terjalin atas landasan kerana Allah menjanjikan sesuatu yang amat bermakna sebagaimana perbuatan dan ibadah lain juga. Apabila segalanya berlandaskan perbuatan Allah, maka tunggulah ganjarannya kelak. Andai bukan di dunia, pasti di akhirat kelak ganjaran itu akan menyusul
            Justeru, jangan sesekali kita kotori persahabatan dengan matlamat kepentingan dunia. Ini kerana, perbuatan yang demikian itu membuatkan diri kita jauh daripada syafaat Rasulullah. Kelak pada hari akhirat iaitu saat roh meninggalkan jasad mahupun saat kehidupan di negeri akhirat.


QaSiDaH


 ألا يا الله بنظرة

أَلاَ يَا الله  بِنَظْرَة مِنَ الْعَيْنِ الرَّحِيْمـَة
Ya Allah ! limpahkanlah kurnia rahmat-Mu

تُدَاوِي كُلَّ مَا بِي مِنْ أَمْرَاضٍ سَقِيْمَة
Yang dapat menyembuhkan semua penyakit-penyakit yang ada padaku

ألاَ ياَ صَاحِ  يا صَاحِ لاَ تَجْزَعْ وتَضْجَرْ
Wahai kawanku! Wahai kawanku! Janganlah engkau gelisah dan jangan bosan

وسَلِّمْ لِلْمَقَادِيْـر كَيْ تُحْمَدْ وتُؤْجـَرْ
Serahkanlah pada takdir  agar engkau dipuji dan di beri pahala

وَكُـنْ رَاضِي بِمَا قَدَّرَ المَوْلَى ودَبَّـر
Dan jadilah hamba yang redha atas apa yang telah di takdirkan Allah, dan diaturkanNya

وَلاَ تَسْخَطْ قَضَا اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ اْلأَكْبَر
Dan janganlah engkau ingkar akan takdir Allah Tuhan Arsy yang
Maha Besar

وَكُنْ صَابِرْ وَشَاكِرْ
Jadilah engkau orang yang bersabar dan bersyukur

تَكُنْ فَائِزْ وَظَافِـرْ
Maka engkau akan menjadi orang yang berjaya dan menang

وَمِنْ أَهْلِ السَّرَائـِر
Dan menjadi kelompok orang  orang  ahli sir (rahsia)

رِجَالِ اللهِ مِنْ كُلِّ ذِيْ قَلْبٍ مُنـَوَّرٍ
Yaitu hamba-hamba Allah yang memiliki hati yang bercahaya

مُصَفًّى مِنْ جَمِيْعِ الدَّنَسِ طَيِّبٍ مُطَهَّرٍ
Yang bersih dari segala noda (kotoran hati), baik dan suci

وَذِهْ دُنْيـَا دَنِيـَّة حَوَادِثُهَا كَثِـيْرَة
Dunia ini hina, dan banyak kejadian-kejadian

وَعِيْشَـتُهَا حَقِيْرَة وَمُدَّتُهَا قَصـِيْرَة
Dan kehidupan dunia itu hina, serta masa untuk hidup itu singkat

وَلاَ يَحْرِصْ عَلَيْهَا سِوَى أَعْمَى الْبَصِيْرَة
Dan tidak ada orang yang rakus akan dunia melainkan orang yang buta hatinya

عَدِيْمُ الْعَقْلِ لَوْ كَانَ يَعْقِلْ كَانَ أَفْكـَر
Yang tidak berakal, yang apabila ia benar-benar berakal ia akan berfikir

تَفَكِّرْ فِي فَنَاهـَا
Berfikirlah akan dunia yang  tidak kekal

وَفِي كَثْرَةِ عَنَاهَا
Dan  penderitaannya (dunia) yang banyak.

وَفِي قِلَّةِ غِنَاهـَا
Dan akan kekayaannya (dunia) yang sedikit.

فَطُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ مِنْـهَا تَحَـذَّرْ
Maka beruntunglah dan sungguh beruntung bagi siapa yang berhati-hati dari
pada dunia

وَطَلَّقَهَا وَفِي طَاعَةِ الرَّحْمنِ شَمَرْ
Dan menceraikannya (dunia), dan bersiap-siap menuju kepada ketaatan Allah.

أَلاَ يَا عَيْن جُوْدِيْ بِدَمْعٍ مِنْكِِ سَائِـلْ
Wahai mata! Curahkanlah dari padamu air mata yang mengalir

عَلَى ذَاكَ الْحَبِيْبِ الَّذِيْ قَدْ كَانَ نَازِلْ
Untuk seorang kekasih yang telah di utus (Nabi Muhammad s.a.w.)

مَعَنَا فِي الْمَرَابِعْ وَأَصْبَحَ سَفَر رَاحِلْ
Ia bersama kami dan sekarang telah pergi

وَأَمْسَى الْقَلْبُ وَالْبَالُ مِنْ بَعْدِهِ مُكَدَّر
Maka hati ini setelah kepergiannya menjadi menjadi sedih

وَلكـِنْ حَسْبِيَ الله
Akan tetapi cukup bagiku, Allah

وَكـُلُّ الأَمْرِ للـهِ
Dan segala urusan akan kembali pada Allah
وَلاَ يَبْقَى سِوَى الله
Dan tiada yang kekal kecuali Allah 
عَلَى بَشَّارِ جَادَتْ سَحَائِبْ رَحْمَةِ الْبَرّ
Semoga Allah memberikan curahan rahmatnya atas penghuni Bassyar (tiga tempat pengkuburan para Auliya).

وَحَيَّاهُمْ بِرَوْحِ الرِّضـَا رَبِّي وَبَشَّـرْ
Dan semoga Dia (Allah) mencurahkan keredhaannya atas mereka serta memberi khabar gembira

بِهَـا سَادَاتُـنَا وَالشُّيُوْخُ الْعَارِفُوْنَـا
Disana terdapat tuan-tuan dan guru-guru kami yang arif

وَأَهـْلُوْنَا وَأَحْبـَابِ قَلْبِيْ نَازِلُوْنَـا
keluarga kami dan orang-orang yang kami cintai 
وَمَنْ هُمْ فِي سَرَائِرِ فُؤَادِيْ قَاِطِنُوْنَـا
Dan mereka orang-orang yang berada dalam lubuk hatiku  
بِسَاحَةِ تُرْبِهَا مِنْ ذَكِيِّ الْمِسْكِ أَعْطَر
Mereka berada di tempat yang debunya tercium aroma bau kasturi
مَنَازِلُ خَيْرِ سَادَة
Tempat-tempat persinggahan bagi sebaik-baik manusia
لِكُلِّ النَّاسِ قَادَة
Mereka pemimpin bagi umat manusia

مَحَبَّتَهُمْ سَعَادَة
Dalam mencintai mereka terdapat kebahagiaan

أَلاَ يَا بَخْت مَنْ زَارَهُمْ بِالصِّدْقِ وانْدَر
Sungguh beruntung bagi siapa yang menziarahi mereka dengan tulus dan datang

إِلَيْـهِمْ مُعْتَنـِي كُلُّ مَطْلُوْبِهِ تَيَسـَّرْ
Kepada mereka dengan penuh perhatian maka semua permintaannya akan dipermudahkan

Sabtu, 7 Julai 2012





untuk kaum Hawa :

aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG

pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...dIpErAh. .
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...

kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR lAuTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa. .
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh ..
BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA. .
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..

JaDi....

kAmU piLiHlAh SaMaDa HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..

Di SeBaLiK sAnTaN...
mEnJaDi PeNyEdAp MaKaNan..
DiPeRaH sEgAlA kEnIkMaTaN..
dEnGaN mUdAh JaTuH mEnJaDi TiTiSaN..
AkHiRnYa HaBiS kArI dImAkAn..
pUlUt PaNgGaNg SiSa HaBiS dItElAn..
DaN sAnTaN hIlAnG tAk JaDi InGaTaN..
yAnG tErAsA lAzAt HaNyA kArI dAn PuLuT pAnGgAnG..
OrAnG tIdAk KeNaNg JaSa SaNtAn..

mUtIaRa..
TeRtAnAm Di DaSaR pAlInG dAlAm..
sUkAr AnDaI mEnGhArAp JaDi PeRhAtIaN...
KeRaNa MuTiArA dIlInDuNgI oLeH
cEnGkErAnG yAnG mEnGhAdAnGnYa dArI
aNcAmAn MuSuH...
nAmUn KiRaNyA dItEmUi InSaN...
AkAn MeNjAdI pErMaTa HiAsAn..
tErLeTaK tInGgI dI cInCiN iDaMaN..
AtAu Di LeHeR nAn JiNjAnG..
aTaU dI lEnGaN mEnAwAn..
MaKiN lAmA mUtIaRa TeRtAnAm...
mAkIn TiNgGi NiLaIaN...

OLEH ITU...
TENTUKAN YG MANA SATU PILIHAN..
mEnJaDi SaNtAn.. MuDaH jAdI
pErHaTiAn.. TaPi HaNyA sEbEnTaR jAdI
sAnTaPaN... kEmUdIaN hIlAnG sEgAlA
nIkMaT dAn PuJiAn..
MeNjAdI mUtIaRa..
SuKaR dItEmUkAn.. NaMuN bIlA dIhIaS
iNdAh GaDiS rUpAwAn..
HiLaNg Ia..TaNgIsAn MeNgIrInGi BeRzAmAn.. 









ORANG BERIMAN TAHU NILAIAN DUNIA…

            Mujahid Fathi Yakan dalam kitabnya, Ma Za Ya’ ni Intimai Li al-Islam, menyatakan didunia ini terdapat tiga kategori manusia :

Ø  Kategori pertama

            Golongan yang hidupnya hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dhariyun. Sikap mereka jelas seperti dinyatakan dalam al-Quran:
Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) : ‘hidup hanyalah kehidupan kita didunia sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.” (Al-An’am:29)

Ø  Kategori kedua

            Golongan yang hilang pedoman, terumbang-ambing, akidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang  dari jalan Allah s.w.t dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka berbuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah s.w.t dan hari kiamat tetapi akidah mereka hanyalah gambaran luar semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka.

Ø  Kategori ketiga

            Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapatkan hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Alah s.w.t. mereka mengetahui hakikat hidup serta nilai dunia berbanding dengan akhirat. Allah s.w.t membandingkan mereka ini seperti dalam firman-Nya yang bermaksud :
Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada main-main dan senda gurau belaka.dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”(Al-An’am:32)
            Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah s.w.t dan mencari keredhoan-Nya. Seluruh bidang hidupnya ( ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan pikiran) diarahkan kepada jalan Allah s.w.t. marilah kita sama-sama renungkannya…INSYA-ALLAH…



luv allah

luv Allah Ta'ala