Ahad, 27 November 2011

ciri2 pakaian wanita mengikut sunnah...

1. pakaian itu mestilah menutup aurat.Rasulullah s.a.w bersabda: telah berkata Aisyah r.a "sesunguhnya,Asma' binti Abu Bakar menemui  Nabi s.a.w berpaling dengan memakai busana yang nipis.Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda"Wahai Asma',sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini,sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangan."
2. pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar."Dua org ahli neraka yg belum pernah saya lihat adalah:kaum yg memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul org tanpa alasan,org perempuan yg berpakaian tetapi yg mereng.mereka tidak dapat masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga,sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.
3. pakaian itu tidak ketat dan sempi,tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian bentuk tubuh yg menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bunAbi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dgan pakaian nipis buatan mesir lama,kemudian berkata,"jgn dipakaiakan kepada isteri-isteri kamu!" lalu seseorang berkata,"Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku,kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya." selanjutnya Umar berkata," memanglah auratnya tidak nampak,tetapi bentuk tubuhnya nampak.
4.warna pakaian itu suram atau gelap,seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya.Menurut Ibnu Kathir didlm tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi s.a.w ketika mereka keluar rumah bewarna hitam.
5. pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dgn bau-bauan yg harum,demikian juga tubuh badan wanita itu,kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yg ajnabi.perempuan yg memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasullulah s.a.w sebagai zaniyah,yakni pelacur atau penzina.(riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
6. pakaian itu tdk bertashabbuh dgn pakaian lelaki yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.Telah berkata Ibnu bbas:"Rasulullah s.a.w telah melaknat lelaki yg menyerupai wanita dan wanita-wanita yg menyerupai lelaki.(Riwayat Bukhari)
7. pakaian itu tidak bertashabbuh dgn pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik.
8. pakaian itu bukanlah libasu as-shurah,yakni pakaian untuk bermegah2,untuk menunjuk2 atau bergaya.